Dari pagi tadi selepas baca entry cik Jaja Sutera, saya jadi sebak dan terkedu. Sehingga sekarang saya terbawa bawa sampaikan saya rasa suram dan sunyi. Dari tadi saya muhasabah diri ni, menilai itu dan ini, tapi hati masih juga suram.
Sebaik saja baca entry tu, saya terus pergi page & blog dia. Ternyata, bukan kisah benar semata-mata, tapi pengajaran dan panduan hidup bagi kita semua. Hidup kita di dunia ni sekadar sementara, ketentuan ajal juga bukan kita yang rancang tapi DIA.
Semoga dia tenang dan aman di alam sana. Takziah juga buat keluarganya. Kalau nak tau apa yang saya maksudkan boleh klik SINI dalam entry ---> Al-Fatihah Utk Blogger Ini (Yasmin J Hunwick).