Tahukah anda 16 Oktober merupakan Hari Makanan Sedunia? Saya pun baru tahu selepas tengok berita di TV1 semalam.
Kalau dilihat dari tajuk tak kurang yang berpendapat bahawa Hari Makanan Sedunia digambarkan seperti menyambut Pesta Makanan kan?..Tak?? Okeyh, memang bukan pesta makanan..
Hari Makanan Sedunia ni sebenarnya diadakan bagi memberi kesedaran kepada pelbagai masyarakat di seluruh dunia bahawa masih terdapat lagi segelintir penduduk yang kurang bernasib baik untuk mendapatkan makan yang secukupnya. Dalam erti kata lain, masih terdapat penduduk di dunia ini yang masih mengalami krisis kebuluran. Antaranya : Korea Utara, Uganda, Zimbabwe, Somalia, Afrika Timur dan Kenya.
Oleh sebab tu, Hari Makanan Sedunia bukan sahaja disambut kerana betapa pentingnya makanan kepada kita, tetapi juga sebagai medium kepada kita untuk meningkatkan kesedaran kepada kita kepada masalah kebuluran yang masih lagi berlaku sehingga kini.
So, beringatlah kita kalau makan, jangan ingat nak makan sedap, pastu dah kenyang main buang je baki makanan yang tinggal walaupun baki tu masih cukup untuk 1 orang lagi untuk dimakan!.
Jangan membazir makanan, n makanlah makanan yang berkhasiat demi kesihatan diri sendiri. :)
Bersyukurla kita masih mampu untuk makan makanan yang secukupnya kerana ada yang terpaksa bertarung nyawa demi secubit makanan.
SELAMAT MENYAMBUT HARI MAKANAN SEDUNIA!.. ^__^