Daerah Bau memang terkenal dengan lubuk kemewahan kerana emasnya. Siapa xnak emas kan?. Lagi-lagi dapat free ja cam tu. Tapi, jangan sampai membawa padah diri sendiri.
Memang tak dinafikan ramai pelombong haram sanggup mengambil risiko demi mendapatkan emas di Gunung Tabai, Bau. Sehingga kini, kes korban di Gunung Tabai semakin meningkat hanya kerana Emas!
Baru-baru ini (28 September2012), satu lagi korban maut Gunung Tabai yang melibatkan seorang penduduk tempatan yang mengimpikan sebuah perniagaan mie kolok sendiri.
"Operasi mengeluarkan mayat lelaki ditimpa batu dihentikan atas faktor keselamatan
BAU: Mendiang Lee Sze Chun yang terbunuh selepas dihempap batu di dalam
tero-wong di Gunung Tabai di sini, terpaksa disemadikan di tempat
kejadian berikutan operasi mengeluarkan mayat mangsa dihentikan semalam
atas faktor keselamatan.
Ketua Polis Daerah Bau DSP Mohd Sabri
Zainol berkata, keputusan tersebut terpaksa diambil ekoran keadaan di
dalam terowong tersebut yang semakin merekah dan dikhua-tiri runtuh jika
operasi dite-ruskan.
“Kita telah berusaha untuk mengeluarkan
mayat mangsa, namun keadaan tidak mengizinkan kerana keadaan di dalam
terowong tersebut yang semakin berbahaya di mana banyak batu-batu mula
merekah dan runtuh menyebabkan kita terpaksa menghentikan operasi ini
atas faktor keselamatan.
“Selain itu, batu yang menghempap mayat
mangsa juga sa-ngat sukar untuk dialihkan ke-rana ia terlalu besar dan
ruang terowong tersebut yang sempit serta keadaan mayat mangsa yang
semakin tertimbus juga menjejaskan operasi kita,” jelasnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita sejurus operasi mengeluarkan mayat mangsa dihentikan sekitar jam 4 petang semalam.
Seorang
daripada ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali semasa ditemui
pemberita memberitahu, pihaknya pasrah dengan keputusan tersebut.
“Apa
yang kami harapkan hanya tinggal harapan sahaja… namun kami percaya
anggota penyelamat mempunyai sebab mengambil keputusan sedemikian,”
katanya.
Sementara itu, seorang daripada penduduk tempatan yang
menyertai operasi tersebut, Tapa Monya, 60, dari Kampung Bijuray turut
mencerita-kan detik cemas semasa di dalam terowong itu.
“Kami
seramai 11 orang memasuki terowong tersebut untuk mengeluarkan mayat
mangsa, namun keadaan di dalam terowong yang sempit menyukarkan kami
untuk bergerak.
“Tambahan pula, semakin kami cuba mengalihkan batu
yang menghempap mayat mangsa, semakin banyak batu besar jatuh di dalam
terowong.
“Selain itu, pada awal operasi kami boleh berdiri di
dalam terowong tersebut tetapi bahagian atas terowong tersebut semakin
menurun menyebabkan kami hanya mampu merangkak sahaja untuk keluar dari
terowong,” katanya.
Isteri mangsa yang dikenali sebagai Ah Mei
juga berada di lokasi kejadian semasa operasi dijalankan, namun gagal
me-ngawal emosinya semasa di-beritahu mengenai keputusan menghentikan
operasi menge-luarkan mangsa, semalam.
Dalam pada itu, semasa
ope-rasi semalam, pihak polis menjumpai beberapa bungkusan tanah
dipercayai telah dikorek dan disembunyikan tidak jauh dari tempat
kejadian.
Difahamkan, mangsa yang berusia 33 tahun bersama
sembilan rakannya memasuki kawasan larangan tersebut untuk mencari emas
sekitar jam 11 malam Rabu lepas sebelum kejadian malang itu berlaku,
dipercayai antara jam 2 pagi dan 3 pagi kelmarin.
Mangsa yang
dikatakan berada agak jauh dari rakan-rakannya dipercayai gagal
menyelamatkan diri apabila sebongkah batu sebesar sebuah kereta Perodua
Kancil menghempapnya, sekali gus menye-babkan mangsa maut di tempat
kejadian."
Sumber : Borneo Post Online
Semoga dijadikan iktibar dan pengajaran.