seringgit dua ikat

01 October 2012

Bersemadi di Gunung Tabai kerana EMAS

Daerah Bau memang terkenal dengan lubuk kemewahan kerana emasnya. Siapa xnak emas kan?. Lagi-lagi dapat free ja cam tu. Tapi, jangan sampai membawa padah diri sendiri.

Memang tak dinafikan ramai pelombong haram sanggup mengambil risiko demi mendapatkan emas di Gunung Tabai, Bau. Sehingga kini, kes korban di Gunung Tabai semakin meningkat hanya kerana Emas!

Baru-baru ini (28 September2012), satu lagi korban maut Gunung Tabai yang melibatkan seorang penduduk tempatan yang mengimpikan sebuah perniagaan mie kolok sendiri.

 
"Operasi mengeluarkan mayat lelaki ditimpa batu dihentikan atas faktor keselamatan
BAU: Mendiang Lee Sze Chun yang terbunuh selepas dihempap batu di dalam tero-wong di Gunung Tabai di sini, terpaksa disemadikan di tempat kejadian berikutan operasi mengeluarkan mayat mangsa dihentikan semalam atas faktor keselamatan.
Ketua Polis Daerah Bau DSP Mohd Sabri Zainol berkata, keputusan tersebut terpaksa diambil ekoran keadaan di dalam terowong tersebut yang semakin merekah dan dikhua-tiri runtuh jika operasi dite-ruskan.
“Kita telah berusaha untuk mengeluarkan mayat mangsa, namun keadaan tidak mengizinkan kerana keadaan di dalam terowong tersebut yang semakin berbahaya di mana banyak batu-batu mula merekah dan runtuh menyebabkan kita terpaksa menghentikan operasi ini atas faktor keselamatan.
“Selain itu, batu yang menghempap mayat mangsa juga sa-ngat sukar untuk dialihkan ke-rana ia terlalu besar dan ruang terowong tersebut yang sempit serta keadaan mayat mangsa yang semakin tertimbus juga menjejaskan operasi kita,” jelasnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita sejurus operasi mengeluarkan mayat mangsa dihentikan sekitar jam 4 petang semalam.
Seorang daripada ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali semasa ditemui pemberita memberitahu, pihaknya pasrah dengan keputusan tersebut.
“Apa yang kami harapkan hanya tinggal harapan sahaja… namun kami percaya anggota penyelamat mempunyai sebab mengambil keputusan sedemikian,” katanya.
Sementara itu, seorang daripada penduduk tempatan yang menyertai operasi tersebut, Tapa Monya, 60, dari Kampung Bijuray turut mencerita-kan detik cemas semasa di dalam terowong itu.
“Kami seramai 11 orang memasuki terowong tersebut untuk mengeluarkan mayat mangsa, namun keadaan di dalam terowong yang sempit menyukarkan kami untuk bergerak.
“Tambahan pula, semakin kami cuba mengalihkan batu yang menghempap mayat mangsa, semakin banyak batu besar jatuh di dalam terowong.
“Selain itu, pada awal operasi kami boleh berdiri di dalam terowong tersebut tetapi bahagian atas terowong tersebut semakin menurun menyebabkan kami hanya mampu merangkak sahaja untuk keluar dari terowong,” katanya.
Isteri mangsa yang dikenali sebagai Ah Mei juga berada di lokasi kejadian semasa operasi dijalankan, namun gagal me-ngawal emosinya semasa di-beritahu mengenai keputusan menghentikan operasi menge-luarkan mangsa, semalam.
Dalam pada itu, semasa ope-rasi semalam, pihak polis menjumpai beberapa bungkusan tanah dipercayai telah dikorek dan disembunyikan tidak jauh dari tempat kejadian.
Difahamkan, mangsa yang berusia 33 tahun bersama sembilan rakannya memasuki kawasan larangan tersebut untuk mencari emas sekitar jam 11 malam Rabu lepas sebelum kejadian malang itu berlaku, dipercayai antara jam 2 pagi dan 3 pagi kelmarin.
Mangsa yang dikatakan berada agak jauh dari rakan-rakannya dipercayai gagal menyelamatkan diri apabila sebongkah batu sebesar sebuah kereta Perodua Kancil menghempapnya, sekali gus menye-babkan mangsa maut di tempat kejadian."

Sumber : Borneo Post Online

Semoga dijadikan iktibar dan pengajaran.


5 comments:

Unknown said...

kwsn tue dh jd tmpt larangan kn.. baik ttp dr rmai yg mati sia2

Unknown said...

Ramai yang curi2 masuk tempat tu Yana. Mereka sanggup korban nyawa dengan sia2 hanya kerana $..

Izwa Kamaruddin said...

kesian nyer..

Unknown said...

ada tengok lam surat khabar haritu ..
tu la nak cari emas sangat !

Unknown said...

tula Mrs Lady.. mmg sian lagi2 mayat terpaksa dibiarkan ja di situ, ats sbb kselamatan pihak penyelamat takut runtuhan batu yang masih berlaku time tu..

Michelle:yala michelle,gara2 nak buka kedai mie kolok jadi mcm ya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Semua Yang Di Atas Adalah Hasil Perah Otak Pelangi Senja