seringgit dua ikat

25 October 2012

Khairul Fahmi [Apex] Tinggalkan Kelantan?


"Penjaga gol No 1 negara, Khairul Fahmi Che Mat kini sudah bersedia untuk berhijrah dari Kelantan, dan destinasi seterusnya mungkin ke luar negara.

Khairul Fahmi, lebih mesra dengan panggilan nama Apex, baru sahaja membantu Kelantan memenangi treble musim ini dan mungkin menyertai rakan pasukan kebangsaan, Safee Sali, dengan menyarung jersi kelab luar negara.


Antara destinasi yang disebut-sebut sebagai pilihan Khairul Fahmi ialah Liga Super Indonesia, yang turut menarik perhatian beberapa pemain ternama negara, antaranya kapten Harimau Malaya, Safiq Rahim.


Namun begitu, Khairul Fahmi baru sahaja mengumumkan bahawa dia bakal berkahwin pada hujung tahun ini jadi sebarang kemungkinan untuk pemain itu berpindah masih lagi di peringkat khabar angin sahaja.


Khairul Fahmi kini sedang memberikan tumpuan untuk membantu Malaysia dalam misi mempertahankan kejuaraan Piala AFF Suzuki, yang dijadualkan berlangsung dari 24 November hingga 22 Disember, di mana Malaysia akan menjadi tuan rumah bersama-sama dengan Thailand."Sumber-D5 Sports

Tak kisahlah kalau KFCM[apex] nak beraksi kat mana-mana, yang penting dapat lebarkan lagi sayap dan keluar dari kepompong untuk asah lagi potensi dia untuk jadi pemain bola yang bertaraf ANTARABANGSA. Malaysia Bolehh!!.. ^__^

Segmen : Jom Usha

jum jum jum..:D
KILIK BINNIR DIN JIIN [KELIK BANNER DAN JOIN].. ^__^



TAMAT : 27/10/2012
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Semua Yang Di Atas Adalah Hasil Perah Otak Pelangi Senja