02 November 2012

Banyaknya Chocolate!!


Nampak tak tu? Ada lagi lam peti ais.. Sampai sekarang baru f.rocher ja yang da dimakan,tu pun baru 2 ketul. Yang lain masih belum lagi disentuh!.. Sapa nak makan?.. Aku dan si dia saja di rumah.. Lau anak buah dekat dengan aku memang dah dikongsi.

Gara-gara si dia outstation di Labuan, alang2 tax free, suka hati ja dia rembat.. 

Jom jemput datang umah makan Chocholate.. ^__^

*xda kaitan!*nenek sebut benda alah ne siklet, anak buah aku pula sebut soklet.. Rindu ngan diorang ne.. huhu




Rezeki Lee Chong Wei dapat 5 persalinan sut perkahwinan!!

 
 "KUALA LUMPUR, 2 NOV 2012: Boleh dikatakan ketika ini, ada ahli sukan tempatan yang lebih popular daripada selebriti kita.Malah, mereka juga mendapat habuan, penajaan dan pengiktirafan yang bermacam-macam selepas berjaya bertungkus-lumus menaikkan nama negara.Antaranya ialah Datuk Lee Chong Wei. 

Malah, perkahwinannya yang bakal dilangsungkan pada 9 dan 10 November ini juga turut menarik perhatian Lord Taylor's. Terkenal dengan kemahiran dan berkepakaran tinggi dalam penghasilan sut buat lelaki, Lord's Taylor telah mengambil peluang untuk menaja pemain nombor satu dunia dengan menghasilkan 5 persalinan sut yang bernilai RM 25,000 .

Sepertimana yang dilaporkan Harian Metro hari ini, jaguh badminton negara ini baru sahaja melalui proses fitting ke atas semua sut-sut tersebut. Proses fitting tersebut telah dilakukan di butik Lord's Tailor yang terletak di Kompleks Membeli Belah Bangsar semalam. Lord's Tailor menyuarakan hasrat untuk menaja persalinan hari bahagia Chong Wei selepas jaguh tersebut memuji dan selesa menyarungkan sut hasilan butik itu.
Dalam pada itu, Master Cutter untuk label ini, Robert Loh memberitahu, setiap persalinan sut buat Chong Wei akan menggunakan fabrik mewah berkualiti tinggi yang berlabel Dormeuil.

Selain daripada itu, Lord's Tailor turut menghasilkan vest dan Tong Chong yang diperbuat daripada sutera China daripada Shanghai. Kesemua ini perlu disiapkan dalam masa lapan hari dengan khidmat lima orang tukang jahit."sumber-murai

Untung jaguh badminton negara ne kan?.. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Semua Yang Di Atas Adalah Hasil Perah Otak Pelangi Senja