29 October 2012

Jenis Darah Tentukan Diet Anda :D

Semua orang nak sihat kan? Perkara paling utama, pemakanan kita. Sebab, apa yang kita makan, mempengaruhi kesihatan kita tau!...^__^

Info ni saya jumpa di SINI. Blogshop sis CT yang menjual barangan kesihatan. X rugi singgah tau, ada tips lagi..

So, tanpa membuang masa, saya nak kongsi Tips Gorjes sis CT 



DIET MENGIKUT JENIS DARAH ANDA ^__^
1.Diet mengikut jenis darah A
 Disarankan untuk mengamalkan jenis diet vegetarian
Perlu lebih – Banyakkan pengambilan sayuran dan buah-buahan. Anda juga digalakkan untuk mengambil produk tenusu yang telah diproses seperti keju rendah lemak dan yogurt. Ambil kekacang, bijirin,dan kacang soya. Ikan dan ayam boleh diambil tapi dalam kuantiti yang terkawal.
Perlu kurangkan – hindarkan pengambilan makanan laut berwarna putih seperti ikan siakap dan sotong. Pengambilan daging merah, kentang, pisang dan roti harus dikurangkan.
Menu Cadangan
Sarapan : Air putih + jus limau nipis. Makan bersama secawan oat yang dimasak
Snek : secawan kopi (sikit gula) atau jus anggur
Makan tengah hari : salad dan sekeping roti gandum. Minum bersama teh herba.
Snek : teh hijau bersama sepotong kuih ( berasaskan tepung beras)
Makan malam : pasta atau nasi bersama ikan (kukus,sup atau bakar), brokoli, yogurt dan teh herba.
Boleh cuba – salad pasta..(boleh buat sendiri,tanpa byk bahan perasa)

2.Diet mengikut jenis darah B
 Disarankan untuk makan makanan berasaskan susu dan tinggi karbohidrat
Perlu lebih – Banyakkan produk tenusu dan daging. Makanlah banyak ikan laut.anda juga boleh mengambil telur, buah-buahan dan beras perang.tiada masalah untuk menikmati beras putih
Perlu kurangkan – Elakkan makanan laut seperti udang,ketam dan kerang. Hindari ayam, telur itik dan telur puyuh. Beras pulut, jagung, lobak tomato dan jagung juga tidak elok untuk anda( tetapi masih boleh dimakan secara terkawal)
Menu Cadangan
Sarapan : Bijirin dan buah pisangberserta segelas susu rendah lemak
Snek : jus anggur
Makan tengah hari : sepotong isi ikan bersama dua keping roti dan secawan teh herba
Snek : jus limau atau yogurt
Makan malam : sepotong ikan bakar, sayur rebus, sedikit nasi, buah-buahan potong dan teh herba.
Boleh cuba – teh herba

3.Diet mengikut jenis darah AB
 Diet ini adalah gabungan untuk golongan darah jenis A dan B
Perlu lebih – makanlah makanan laut. Telur ayam, minyak zaitun, kacang soya dan buah-buahan juga digalakkan buat anda.
Perlu kurangkan – hadkan pengambilan daging lembu, udang, susu, daging yang di proses. Kurangkan makanan berasaskan kekacang. Elakkan pengambilan gandum (roti,kek,kuih-muih dan pasta)
Menu Cadangan
Sarapan : air limau nipis atau jus anggur bersama dua keping roti bersama keju
Snek : yogurt
Makan tengah hari : dada ayam yang dihiris bersama salad, dua biji plum dan secawan teh herba
Snek : secawan teh herba bersama sepotong kek keju (elakkan yang dibakar, jika boleh)
Makan malam : makan buah-buahan bersama segelas susu
Boleh cuba – roti keju itali. Boleh didapati d kedai-kedai roti.(ia digalakkan sesekali)

4.Diet mengikut jenis darah O
 Disarankan untuk mengambil makanan berprotien tinggi dan rendah karbohidrat
Perlu lebih – disarankan untuk makan banyak sayuran. Telur dan kacang tidak menjadi masalah tetapi hindari produk tenusu dan gandum.
Perlu kurangkan – kurangkan pengambilan bijirin, pasta, dan semestinya nasi. Hindari brokoli, sawi, taugeh dan kentang. Elakkan pengambilan jeruk kerana ia boleh menyebabkan keracunan usus.
Menu Cadangan
Sarapan : dua keeping roti bakar disapu nipis mentega dan sebiji pisang
Snek : teh herba
Makan tengah hari : sepotong daging panggang bersama salad bayam dan sebiji epal (lebih baik epal hijau)
Snek : sepotong kuih
Makan malam : sepotong daging/ikan dan asparagus rebus. Sesekali boleh digantikan dengan kentang. Sedikit buah dan teh herba.
Boleh cuba – boleh makan roti bun berinti mentega,tapi jgn slalu kerana ia kaya gula.

4 comments:

~didiey~ said...

sy baru plan nk diet esok.tetiba baca entry nie..terima kasih ye :)
sy darah AB! =)

Pelangi Senja said...

sama2.. semoga dapat plan diet dgn lbh baik ^__^.. good luck on ur diet.. saya pun tgh plan diet sndiri skrg.. :D

Dunia Wilma said...

Thanks for the tips Sis...
Wilma baru plan nak diet :-)

Pelangi Senja said...

diet jgn x diet sis.. :d.. good luck.. stay healthy yah.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Semua Yang Di Atas Adalah Hasil Perah Otak Pelangi Senja