seringgit dua ikat

15 October 2012

15 OKTOBER ::: Hari Cuci Tangan Sedunia


Cuci tangan pun ada "hari" juga ke? 
Penting sangat ke cuci tangan ne?

Penting okeyh..^__^.. Kempen cuci tangan ne bukan saja mencuci tangan semata-mata, tapi cuci tangan dengan cara yang betul --> Guna Sabun!..dan ikut langkah-langkah yang betul. 

"Lima fakta penting dalam mencuci tangan
1. Mencuci tangan dengan air sahaja tidak mencukupi
o Mencuci tangan dengan air sahaja merupakan amalan biasa dalam kehidupan, tetapi ia kurang berkesan jika dibandingkan dengan mencuci tangan dengan sabun
o Mencuci tangan dengan sabun dapat menanggalkan kotoran dan minyak yang mungkin membawa mikroorganisma
o Penggunaan sabun dengan cara yang betul merupakan cara yang berkesan untuk mengelakkan diri daripada mikroorganisma penyebar penyakit.

2. Mencuci tangan dengan sabun dapat mengelakkan penyakit yang menyebabkan kematian berjuta-juta kanak-kanak setiap tahun
o Mencuci tangan dengan sabun adalah cara yang paling berkesan untuk mengelakkan cirit-birit dan pneumonia
o Setiap tahun, cirit-birit dan pneumonia menyebabkan kematian 3.5 juta kanak-kanak di seluruh dunia
o Mencuci tangan dengan sabun dapat mengelakkan jangkitan penyakit kulit, mata, SARS dan AVIAN FLU, dan bermanfaat kepada orang yang hidup dalam golongan AIDS/HIV.

3. Tahap kritikal mencuci tangan adalah selepas menggunakan tandas atau mandian kanak-kanak dan sebelum mengendalikan makanan
o Tangan perlu dicuci dengan sabun selepas mencuci bahagian bawah kanak-kanak dan sebelum menyentuh makanan
o Tangan merupakan bahagian utama pembawa penyakit. Oleh itu mencuci tangan dengan sabun dapat membantu mengelakkan sebaran penyakit, dan dapat dilakukan oleh semua orang.

4. Mencuci tangan dengan sabun adalah promosi kesihatan yang paling kos efektif
o Promosi mencuci tangan dengan sabun adalah kos efektif jika dibanding dengan promosi kesihatan yang lain
o Pelaburan RM11.40 dalam mencuci tangan membawa hasil yang sama dengan pelaburan RM37.40 dalam pembinaan tandas, pelaburan RM680 dalam pembekalan air perumahan dan beribu-ribu dalam program imunisasi.

5. Kanak-kanak adalah agen perubahan.
o Kanak-kanak lebih aktif dalam berkongsi idea tentang amalan kesihatan diri yang baik di rumah dan masyarakat
o Penglibatan kanak-kanak dalam Hari Mencuci Tangan Sedunia dapat mempengaruhi perubahan sikap yang berterusan."- Sumber;http://www.konsumerkini.net.my/v1/index.php/berita-terkini/kempen/478-hari-mencuci-tangan-sedunia-15-oktober

Jadi, mulai sekarang jagalah kebersihan tangan masing-masing untuk kesihatan diri anda!.. ^__^

7 comments:

Unknown said...

hari2 cuci tgn .. klu nk tggu hari cuci tgn sedunia mau berkulat tgn nie. heheh

Jue Jaynee said...

o hari ni?

haha selamat cuci-cuci tangan

Unknown said...

haha.. hari-hari mesti cuci tgn..:D

Unknown said...

selamat hari cuci tangan jue..:D.. ngee~

izwan said...

patutlah hari ni nak jer rasa cuci tangan selalu...huhuhu

Nora Karim said...

memang kena cuci tangan bersih2... Setiap masa.. nak2 bila ada anak kecil..

Unknown said...

tiap2 ari cuci tangan guna life buoy :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Semua Yang Di Atas Adalah Hasil Perah Otak Pelangi Senja