Untungla pelajar IPT dapat beli kereta dari PERODUA dengan harga rendah...
"Kuala Lumpur: Tawaran program pemilikan kereta terbaru Perusahaan
Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) kepada pelajar tahun akhir institusi
pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta, tidak termasuk dalam pakej
pembelian kereta tanpa bayaran pendahuluan.
Pakej promosi istimewa ‘What’s Up Graduates’ itu memberikan peluang kepada kumpulan pelajar tahun akhir untuk memiliki kereta PERODUA dengan bayaran serendah RM299 sebulan, bergantung kepada pinjaman bank yang ditawarkan institusi kewangan.
Taja kelas memandu
Pengarah Jualan dan Pemasaran PERODUA, Zahari Husin, berkata pakej itu turut termasuk tajaan kelas belajar memandu bernilai RM1,000, perlindungan insurans kemalangan bernilai RM20,000 dan diskaun 50 peratus bagi servis asas selama dua tahun di 170 pusat servis PERODUA di seluruh negara.
“Tawaran ini terbuka untuk pembelian semua kereta model PERODUA, tetapi ia tidak termasuk dalam pakej pembelian kereta tanpa bayaran pendahuluan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Menerusi tawaran bermula 10 Oktober lalu dan akan berakhir 31 Mac 2013, pelajar hanya perlu menunjukkan kad pelajar serta membawa seorang penjamin bagi memohon tawaran berkenaan ketika melaksanakan urusan jual beli kenderaan di semua cawangan PERODUA.
Bayaran serendah RM299 sebulan itu hanya ditawarkan untuk bayaran bulanan bagi tahun pertama saja dan bayaran bagi tempoh seterusnya akan beransur-ansur meningkat dari tahun ke tahun sehingga habis tempoh pinjaman, sejajar dengan kenaikan gaji."

Sumber : http://www.bharian.com.my
6 comments:
saya mau jugak! mau jugak uhuhuhu
bestnyee.... =)
cepat rembat.. hehe..
yup. sayang saya dah terlepas pluang..
Wah...Bestnya ^_^
Tapi, Wilma dah terlepas peluang dah...Huhuhu...Sedihnya...
rugi2...sy pkai myvi monthly rm600...jauh beza tu
Post a Comment