seringgit dua ikat

19 October 2012

Resepi #1 : Ayam Stim Labu + Pucuk Ubi ala Pansuh

Salam petang... :D..
Tengari tadi teringin sangat nak makan ayam pansuh p tempat saya sekarang xda buluh... So, tanpa membuang masa, otak ne ligat brainstorm resepi untuk ganti ayam pansuh guna buluh.. 
Akhirnya **ting** dapat idea !.. kita stim saja itu ayam.. hehe.. 

Takut gak lau tak jadi, p nak try juga la.. Tekak ne mengidam sangat masakan kampung.. :)


Tanpa membuang masa terus keluarkan bahan-bahan yang patut :
Bahan yang diketuk :
serai - 1 batang
bawang putih - 3 ulas

Bahan ditumbuk :
bawang merah - 1 ulas
halia - 3 cm (ikut sesuka hati anda, anda, & anda) ^__^
Ayam - bahagian yang bertulang (jangan buang kulit untuk dijadikan minyak semula jadi..kihkihkih)
Labu kuning - dipotong segiempat (ikut sesuka hati anda, anda, & anda ) ^__^
Pucuk Ubi - guna daunnya sahaja (di ramas p jangan terlampau halus )
Garam + Perasa (ikut sesuka hati anda, anda, & anda) ^__^
Sos Tiram

baru ja masuk pucuk ubi
 Satukan semua bahan-bahan tadi kecuali pucuk ubi. Kemudia stimkan, Xkisah nak guna periuk/kuali ^__^..(guna kuali sebab periuk kukus xda..huhu)

hampir masak!.. :D
Bila ayam hampir masak, masukkan pucuk ubi dan gaulkan. Kemudian tunggu sampai beberapa minit sampai ayam & pucuk ubi masak. Siap!.. Mudahkan.. :).. Kalau nak pedas, boleh tambah cili padi / lada hitam.. 
p/s : masa stim biarkan ayam sentiasa ditutup tau.. :)..
Licin juga akhirnya. Kemalasan nak alih lam mangkuk, dear da sampai umah balik makan tengari. P, habis la juga..syukur.. Selamat mencuba :D


6 comments:

Nur Nainis said...

Sedapnya..tapi kalau nak masak stim ni pemalas sikit..hehe..

Jue Jaynee said...

hari tu jue ada buat pansuh juga.. guna buluh.. best+sedap pula..

Unknown said...

saya pula lau pasal stim no.1.. :D.. hehe.. xkira ayam/ikan.. :)

Unknown said...

Sedapnya ^_^

Unknown said...

Jue untung pat makan pansuh.. saya teringin benar nak berpansuh ne.. huhu
cubala wilma..:D

Hermanbagus said...

sedapnya ikannya :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Semua Yang Di Atas Adalah Hasil Perah Otak Pelangi Senja